Isnin, 26 Julai 2010

~Ada HikmaHnYa~


~AdA HikMahnYa~


Assalamualaikum w.b.t. Dah lama rasanya x update blog nh...Alhamdulillah akhirnya diberi peluang & ruang oleh ALLAH utk mgisi blog nh yg smemangnya seakan2 x terisi...He3! Emm...Kali nh nk bwak 1 cter yg rs2nya rmai dh pnh dgr..hnya utk peringatan & pedoman bersama....cerita yg dijumpai dlm iluvislam....(http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2789)


Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."


Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka,"Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.

Isnin, 17 Mei 2010

PeMimPiN Yg BaiK???

Pada 1 hari di waktu persekolahan, Cikgu Ahmad seperti biasa masuk ke Kelas 6 Bestari utk mgajar subjek Sivik....Lalu sesi P&P pd pagi itu yg membincangkn tajuk "Cita2Ku" pon berlangsung..

C.Ahmad: "Kasim...Ble besar nnt kmu nk jd apa?"

Kasim: "Doktor, ckgu."

C.Ahmad: "Arif...Kmu plak?"

Arif: "Dulu saya ingt nk jd PM, ckgu...tp ble pikir2 blk x jd la ckgu...Saya ingt nk jd Engineer la..."

C.Ahmad: "Err...Knp x nk jd PM plak?"

Arif: "Sbb saya tgk klw jd PM, susah..."

C.Ahmad: "Susah? Mksud kamu?"

Arif: "Yela...susah sbnrnya klw nk jd PM...Kna shakehand sana, shakehand sini. Sampai dgn bkn muhrim pon kna slm...X caye cuba tgk yg skrg punya..."

C.Ahmad: "Err..no komen.."



PENGAJARAN: Jadilah pemimpin yg dpt dicontohi oleh yg dipimpin. Coz tanggungjawab sbgai pemimpin teramatlah berat. Namun kpimpinan yg selari dgn syariat mampu mnyelamatkn kpimpinan tersebut drpd azab ALLAH..




Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)
( H.R al-Bukhari , Muslim)



*ReNunG2kaN & seLaMat BeRamaL~

Ahad, 16 Mei 2010

PosT peRtaMa: BeNaRkaH dOa bErpROtoKoL?


Bismillahirrahmanirrahim.....Sepotong ayat yg diajarkn junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W dlm memulakan sesuatu pkerjaan saya bacakn....Bkn ingin menunjukkn diri ini alim @ setaraf kedudukannya dgn ulama'....namun hanya mengharapkn keredhaan ALLAH dlm melakukn stiap pkerjaan...Kerana stiap yg diajarkn ALLAH mlalui Rasulullah psti mmpunyai fadhilat & hikmah yg tersendiri yg kadangkala tak dpt dirungkai akal....(ah...apa yg dye merepek ni...he3!)

Benarkah doa mmpunyai protokol tersendiri? Seperti yg tlh diperkatakn fuadlatip* dlm www.iluvislam.com, saya bersetuju bahawa doa mmpunyai protokol..."Tetapi bknkah Islam itu memudahkn?" Ya, mmg Islam agama yg mmudahkn. Namun protokol dlm berdoa perlu utk menunjukkn kesungguhan kita dlm meminta sesuatu drpd ALLAH.

PROTOKOL DOA:
1)Pujian
Sesungguhnya ALLAH sukakan pujian...Kerana Dia sememangnya layak dipuji~

2)Khusus
Doa juga perlulah khusus...Contoh doa yg terlalu umum: "Ya ALLAH, murahkanlah rezekiku." Doa ini tidak dinyatakn secara khusus...Rezeki luas aspeknya..Maka khususkn...

3)Alasan/Sebab
Sebab juga perlu dinyatakn...Contohnya jika kita meminta sesuatu, maka perlu juga disertakn sebabnya....

4)Tawasul
Contohnya: "Ya ALLAH, Bukankah Engkau telah berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau akn makbulkn Ya ALLAH.." Inilah yg dimaksudkn dgn tawasul dlm protokol ini.

5)Tawakal
Mnyerahkn 100% kpd ALLAH doa yg tlh dipohon...Ramai yg sudah memenuhi 4 protokol di atas, nmun tidak 100% tawakal kpd ALLAH. Nauzubillah~

Font size

DOA UNTUK KEKASIH

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".